Lelaki ini jumpa duit RM10 paling ‘rare’ dalam negara siap ada dua kepala ‘Agong’, rupanya ini nilai sebenarnya

Oleh MHDAILY

Lelaki ini jumpa duit RM10 paling ‘rare’ dalam negara siap ada dua kepala ‘Agong’, rupanya ini nilai sebenarnya

Tengah berniaga tak perasan dapat duit pelik macam ini.”

Itu antara luahan pasrah seorang peniaga pasar malam yang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan pelanggan yang tersalah memberikan wang.

Lelaki ini jumpa duit RM10 paling 'rare' dalam negara siap ada dua kepala 'Agong', rupanya ini nilai sebenarnya

Pemuda terbabit yang dikenali sebagai Izzudin Radin mendakwa dia terlampau sibuk berniaga sehinggakan tidak menyedari dia sudah menerima wang RM10 yang pelik.

Menerusi video berdurasi 10 saat, Izzudin menunjukkan duit RM10 yang terkoyak itu dicantumkan dengan duit yang sama.

Walau bagaimanapun, Izzudin tetap bersangka baik dan menganggap itu adalah rezeki untuknya.

Perkongsian terbabit telah berjaya mencuri perhatian pengguna di laman sosial TikTok sehingga rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi di komen.

“Susah nak dapat duit dua berkepala,” komen seorang pengguna.

“Jarang-jarang dapat duit macam ini,” seloroh seorang pengguna lagi.

Terdapat pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib peniaga terbabit.

“Takpe bang, duit itu boleh ditukar di mana-mana bank yang berdekatan,” pesan seorang pengguna lain.

BACA:

Minta izin suami kata nak pergi senamrobik, isteri orang kantoi berkhalwat dengan duda