Lelaki ini dedah mampu beristeri dua walaupun gaji RM1,500

Oleh MHDAILY

Lelaki ini dedah mampu beristeri dua walaupun gaji RM1,500. Kos sara hidup kian meningkat, pastinya ramai yang terkesan dengan ekonomi masa kini yang tidak menentu tidak kira dah berkahwin mahupun bujang. Sudah tentu ianya merubah gaya hidup seseorang itu berubah sedikit demi sedikit supaya dapat menyesuaikan diri dengan situasi ekonomi yang tidak menentu.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video TikTok dimana video tersebut menceritakan luahan perasaan seorang suami terhadap isterinya selepas 2 tahun mereka berkahwin.

Menerusi video tersebut, si suami meluahkan perasaan mengatakan bahawa dirinya mulai berasa bosan bila isterinya tidak lagi menjaga kecantikan diri selepas melahirkan anak pertama mereka. Malah, dia juga telah beri peruntukan RM50 setiap bulan kepada isterinya supaya isterinya boleh mencantikkan dirinya.

@dhaliashah Semoga kalian dijodohkan dengan suami yang faham akan tanggungjawab dlm rumahtangga dan sedar diri 😇 #fyp #rumahtangga #perkahwinan #fypã‚· #kisahviral ♬ Finger Dance TikTok – غزلان

Tidak cukup dengan itu, dia juga meluahkan hasrat untuk berkahwin lain kerana dia mampu untuk berkahwin kerana gaji basic sudah RM1,500 termasuk overtime.

Lelaki ini dedah mampu beristeri dua walaupun gaji RM1,500

Luahan lelaki ini telah mendapat perhatian orang ramai dan mengundang kemarahan netizen khususnya dari kaum wanita.

Netizen juga kecam lelaki itu kerana dia mengatakan bahawa RM50 cukup untuk beli barangan ‘skincare’ bukanlah murah dan boleh mencecah ribuan ringgit. Malah, rata-rata netizen turut berpesan kepada para wanita di luar sana untuk miliki simpanan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada suami.

BACA:

Rapid KL kena ‘sekolah’ balik dengan netizen selepas tegur penumpang

Majlis kahwin jadi huru-hara, ombak besar ‘bantai’ tetamu yang hadir

Gadis selamba makan mi segera dalam train, admin LRT perli di twitter siap tunjuk gambar

Leave a Comment