Seorang wanita merayu seorang lelaki yang didakwa mempunyai kecenderungan seksual tidak senonoh
supaya menghentikan perbuatan mencuri pakaian dalamnya.
Lelaki itu dilaporkan sering mencuri seluar dalam wanita tersebut untuk tujuan peribadi sebelum memulangkannya semula.
Insiden itu berlaku di sebuah bilik sewa di Sam Kong, Phuket, Thailand.
Dalam usaha untuk menghentikan tindakan tersebut, wanita berkenaan berkongsi pengalamannya dengan Phuket Times pada hari Selasa,
lengkap dengan video sebagai bukti, dengan harapan dapat menimbulkan rasa malu pada lelaki itu dan mencegah kejadian berulang.
“Wanita ini menangis meminta pertolongan. Dia hampir kehabisan seluar dalam kerana dicuri berulang kali untuk tujuan tidak senonoh. Kadang-kadang, pencuri itu memulangkan kembali seluar dalamnya di tempat jemuran,” menurut laporan tersebut.
Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan seorang lelaki memakai seluar pendek hitam mengambil pakaian dalam dari jemuran dan menyembunyikannya di dalam poket seluarnya. Lelaki itu kemudian memulangkan pakaian tersebut ke tempat asalnya selepas menggunakannya.
Tindakan pelik lelaki itu mendapat perhatian warga maya. Ada yang berseloroh menyifatkan lelaki itu sebagai “pencuri sopan” kerana memulangkan barang yang dicuri.
Namun, sebahagian lain mengkritik mangsa kerana menjemur pakaian dalamnya di luar bilik.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut sama ada wanita itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek atau bagaimana isu tersebut diselesaikan.
BACA: JKR senarai 13 lokasi jalan runtuh di negeri terjejas banjir ramai patut tahu