Lelaki ditemui dalam keadaan bogel di celah batu, “blur tak tahu boleh sampai sini”. Seorang lelaki berjaya diselamatkan dengan helikopter tentera selepas terjatuh 330 kaki ke dalam gaung dalam keadaan berbogel, lapor New York Post.
Lelaki yang berbogel itu diselamatkan dalam satu operasi pada Rabu lepas di kawasan rizab alam semula jadi Mestre Ivaro di Espirito Santo, Brazil.
Difahamkan bahawa, seorang pendaki yang melalui kawasan tersebut terdengar jeritan lelaki itu dari celahan sempit antara dua batu besar sebelum mereka segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Satu pasukan dihantar ke tempat kejadian dan mereka menemui mangsa di kawasan yang luar dari jangkauan mereka,” kata Mejar Pablo Angely Marques dari Tentera Udara Brazil kepada media tempatan.
Pegawai itu juga menambah bahawa terdapat risiko lelaki itu jatuh lebih dalam lagi, jadi mereka perlu berhati-hati untuk membawanya keluar dari situ.
Pada akhirnya, Tentera Udara memutuskan untuk menggunakan bakul penyelamat yang diikat pada helikopter tentera bagi menyelamatkan mangsa.
Walaupun mengalami kecederaan akibat jatuh sedalam 300 kaki, lelaki itu berjaya masuk ke dalam raga sebelum dia diterbangkan keluar dari kawasan gunung itu.
Lelaki itu kemudiannya dikenal pasti sebagai penduduk tempatan yang tinggal 18 batu dari rizab alam semula jadi itu, namun begitu namanya tidak didedahkan kepada umum.
“Dia tidak dapat menjelaskan bagaimana dia boleh berada dalam keadaan berbogel. Dia mendakwa bahawa dia tidak ingat bagaimana dia sampai kesana, namun dia berkata bahawa dia pergi kesana bersama dengan rakan-rakannya,” kata Mejar Marques.
Lelaki itu telah dilaporkan hilang beberapa jam sebelum dijumpai oleh pendaki, bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa lama dia telah terperangkap di dalam gaung itu.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami hipotermia dan pelbagai kecederaan ringan semasa jatuh. Dia juga dijangka akan pulih sepenuhnya.
BACA:
Kecoh video pelakon lelaki terkenal peluk gadis di kelab malam, “selalu jadi ustaz”
Jangan buang baju tak dipakai, buat duit dengan hanya guna 2 cara ini
Kecoh nyanyian Andi Barnadee terpaksa dihentikan, percikan api punya pasal
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio