Lelaki dedah Malakat Mall sunyi sepi, apa dah jadi mall muslim pertama ni? Sebut mengenai pasar raya pastinya orang ramai dapat membayangkan suasana yang dipenuhi pengunjung beserta lambakan kedai yang dibuka. Suasana ini juga sering dilihat pada pasar raya yang baru sahaja dibuka di mana orang ramai berminat untuk shopping di pasar raya berkenaan.
Dalam pada itu, lain ceritanya dengan sebuah pasar raya yang terletak di Cyberjaya iaitu Malakat Mall. Dilabel sebagai Pasar Raya Muslim Pertama di Cyberjaya, pasar raya ini dilihat gagal meraih perhatian pengunjung hanya selepas 2 tahun dibuka.
Menerusi perkongsian TikTok @aqlanrosli_, beliau telah berkongsi keadaan terkini Malakat Mall serta mempersoalkan bagaimana pasar raya yang terletak di Cyberjaya ini gagal meraih pengunjung walaupun pada hujung minggu di mana kebiasaannya orang ramai akan keluar mendapatkan barang-barangan.
Menurut beliau, Malakat Mall memiliki potensi dengan penawaran butik dan kedai makan yang pelbagai, namun tidak dipastikan di mana silapnya membuatkan pasar raya ini sunyi sepi.
Perkongsian yang dibuat tidak sampai 24 jam ini telah meraih hampir 20,000 likes serta 1,800 komen yang membincangkan soal Malakat Mall Cyberjaya. Terdapat netizen yang mendakwa lokasi Malakat Mall berkenaan yang terletak berdekatan DPULZE Cyberjaya antara yang membuatkan pasar raya ini gagal meraih pengunjung.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar pihak pengurusan lebih kerap mempromosikan pasar raya ini serta memanggil para ustaz untuk berceramah bagi memeriahkan lokasi ini.
Coach Fadzil selaku pemilik kepada Malakat Mall ini turut memberi respon terhadap video ini dengan memaklumkan Malakat Mall berjaya meraih 6,000 pengunjung walaupun dibuka pada hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ini, pihak mereka sedang berusaha untuk membangunkan semula Malakat Mall.
Sebelum ini, Malakat Mall sewaktu pembukaan turut memamklumkan sedia menyasarkan jualan mencecah RM300 juta sempena tahun pertama pembukaan. Diharap Malakat Mall ini terus meraih momentum semula dalam usaha menarik perhatian pengunjung kepada pasar raya yang baru sahaja dibuka ini.
@aqlanrosli_ Apa punca sebenarnya Malakat Mall ni takde org? #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound – Aqlan
BACA:
Rakaman akhir mangsa dera sebelum mati jadi perhatian
KLCC terbakar! Bomba bergegas selamatkan keadaan
“Kuat dia peluk tu..”, aksi Emma Maembong dan Shahz Jaszle berpeluk undang kecaman