Lelaki dedah 4 dari 6 anaknya bukan anak kandung! Suami kerja keras demi keluarga dibalas dengan penipuan isteri

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Menerusi satu hantaran di platform X, seorang pengguna berkongsi kisah tragis bagaimana rakannya yang merupakan pekerja luar pesisir atau ‘offshore’

Dia terkejut apabila mengetahui bahawa empat dari enam anak yang dikatakan sebagai anaknya bukanlah zuriatnya.

“Kawan aku lagi win. Empat daripada enam anak dia adalah anak orang,” ujar individu yang berkongsi kisah tersebut.

Lelaki dedah 4 dari 6 anaknya bukan anak kandung! Suami kerja keras demi keluarga dibalas dengan penipuan isteri

Menurut cerita yang disampaikan, rakannya tersebut mengambil keputusan untuk tetap bersama isterinya kerana dia menyayangi dua daripada enam orang anak itu yang merupakan darah dagingnya sendiri.

“Kawan aku decide untuk stay untuk anak-anak dan dua anak terakhir itu dia punya,” tambah individu tersebut.

Dalam ruangan komen, individu itu juga menyatakan bahawa warna kulit keempat anak yang pertama berbeza dari rakannya, menguatkan kecurigaannya.

Malah, dia turut menceritakan bahawa ujian DNA itu dilakukan secara tidak sengaja apabila rakannya itu bertemu dengan seorang doktor yang mempunyai akses kepada peralatan untuk ujian tersebut.

“Kebetulan dia berjumpa dengan doktor yang ada akses kepada peralatan untuk ujian DNA. Tu yang dia ambil kesempatan.

“Bukan instinct. Dia terjumpa doktor tu secara kebetulan dan ambil kesempatan untuk periksa DNA keluarga dia. Dia tak jangka pun kebenaran tu.

“Semua ni aturan Allah la ni, dan dia masih boleh berpura-pura depan isteri dia. Sebab dia rasa macam isterinya dah berubah, saya pun tak pasti,” katanya.

Lebih mengejutkan, individu itu turut mendedahkan bahawa keempat-empat anak yang bukan milik rakannya itu mempunyai bapa yang berbeza-beza.

Dalam pada itu, individu terbabit memberi peringatan kepada mana-mana pekerja ‘offshore’ untuk memeriksa DNA anak masing-masing bagi memastikan kejadian serupa tidak menimpa mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya menyuarakan rasa simpati mereka terhadap si suami dalam situasi yang menyayat hati ini. Semoga segala ketabahan diberikan kepada si suami dan anak-anak dalam menghadapi dugaan ini.

BACA: Individu dedah jalan tikus elak jem dilebuhraya utara selatan menjelang perayaan