Hampir 700 individu berpendapatan tinggi yang mengelak cukai telah dikesan menyembunyikan jutaan wang dalam bekas makanan
Dan seorang lagi yang memandu Rolls-Royce sambil mengelak tanggungjawab membayar cukai.
Menurut Perkhidmatan Cukai Nasional Korea Selatan (NTS), sebanyak 696 individu
Disyaki terlibat dalam pengelakan cukai seperti yang didedahkan pada 21 November.
Antara mereka, 216 individu dikenal pasti menyembunyikan aset meskipun mampu membayar cukai,
81 individu memindahkan kekayaan kepada ahli keluarga melalui transaksi penipuan, dan 399 orang menjalani gaya hidup mewah sambil mengelak membayar cukai.
Setakat Oktober, pihak berkuasa berjaya mengutip kira-kira 2.5 trilion won (RM10.7 bilion) daripada kumpulan pengelak cukai ini.
NTS menyatakan bahawa mereka akan terus mengesan dan merampas aset tersembunyi milik pembayar cukai yang culas.
Dalam salah satu kes, seorang lelaki berusia 92 tahun menjual hartanya tetapi gagal membayar cukai keuntungan modal. Hasil jualan tanah tersebut dipindahkan ke beberapa akaun bank milik anak-anaknya.
Pihak berkuasa menjalankan serbuan serentak di empat rumah anak-anaknya, di mana mereka menemui wang tunai dan jongkong emas bernilai 1.1 bilion won (RM3.5 juta) yang disembunyikan dalam laci dan bekas kimchi.
Gaya Hidup Mewah Tanpa Membayar Cukai
Dalam kes lain, seorang ketua eksekutif syarikat kosmetik yang berhutang puluhan bilion won dalam cukai dikesan memandu Rolls-Royce yang disewa dengan deposit keselamatan besar serta bayaran bulanan tinggi.
Individu tersebut juga tinggal di sebuah apartmen mewah di Seoul tanpa melunaskan cukai. Pihak berkuasa telah merampas apartmen berkenaan dan sedang mengesan sumber kewangannya untuk mengetahui bagaimana dia membiayai deposit dan bayaran sewa bulanan itu.
NTS turut mendedahkan kes seorang ketua firma pemasaran hartanah yang gagal membayar cukai nilai tambah berjumlah berbilion won.
Sebagai langkah tambahan, NTS telah merampas mata wang kripto bernilai 28.7 bilion won (RM9.1 juta) sepanjang separuh kedua tahun ini.
Pihak berkuasa menegaskan usaha mereka akan terus dipergiat untuk menangani pengelakan cukai dan memastikan keadilan dalam sistem percukaian negara.
BACA: Tak sangka rupanya Mark Adam tak pernah ada lesen memandu