Lelaki bergenetik pelik berjaya tawan gadis cantik curi tumpuan. Pernah viral ketika dahulu kerana memiliki wajah yang unik, Surya Manurung sekali lagi menggegarkan dunia media sosial apabila dia akhirnya membina bahtera bersama wanita yang disayangi di Indonesia, lapor Tribun Medan.
Lelaki yang berasal dari Sumatera Utara ini mendedahkan video hari bahagia bersama isterinya, Shasha Puspita Dewi di laman akaun TikTok miliknya dan sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu.
Video itu mencecah kira-kira 3.2 juta tontonan sekali gus menjadi perbualan orang ramai ekoran ramai yang sebak dan terharu melihat hari bahagianya.
Surya Marunung berkata dia berasa bersyukur kerana menikahi wanita solehah dan setia untuknya.
“Alhamdulillah Ya Allah,” itu merupakan kapsyen ringkas yang diletak dalam perkongsian di TikTok itu.
Di majlis pernikahannya, Surya Marunung terlihat segak dengan menggayakan busana tradisional Indonesia yang senada bersama isterinya.
Sindrom Treachers Collins
Sebelum ini, nama Surya Manurung pernah menggegarkan dunia media sosial kerana kesemua ahli keluarganya mempunyai wajah yang unik.
Keluarganya dikatakan aktif membuat siaran langsung di media sosial sehingga mencuri perhatian warganet, malah video-video mengenai keluarga Marunung telah ‘viral’ di merata tempat.
Surya Marunung merupakan salah seorang daripada ahli keluarganya yang dipercayai menghidapi penyakit abnormal yang disebut Sindrom Treachers Collins.
Difahamkan, sindrom itu merupakan sindrom genetik yang jarang berlaku kepada manusia.
Difahamkan, sindrom itu akan menjejaskan perkembangan muka, kepala dan telinga kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan.
Walaupun begitu, keluarga Marunung sentiasa kelihatan ceria menjalani kehidupan hari-hari bersama dan menambat hati orang ramai dengan membuat video yang berunsur lucu.
Rupa paras dihina
Pada awalnya, orang ramai dilihat menghemburkan sikap negatif kepada keluarga itu dan tergamak menghina paras rupa mereka.
Keadaan itu dapat dilihat semasa keluarga Marunung membuat siaran langsung (live) di TikTok dan ramai yang bertindak memberi komen negatif dengan emoji katak.
Namun selepas orang ramai mengetahui keluarga istimewa itu menghidap penyakit, mereka tidak lagi meninggalkan komen yang buruk.
@surya.manurung Alhamdulillah Ya Allah, #keluargamanurung #suryamanurungmenikah #suryamanurung edit by @IG@bams_marpaung ♬ suara asli – SURYAMANURUNG
BACA:
Penampilan terkini Sarimah Ibrahim buat netizen terkejut, “dia ni Vampire ke tak tua-tua?”
Dubai nak bina ‘Bulan’ sendiri, makan kos RM22 Billion
Reaksi anjing kesayangan Ratu Elizabeth II bila tahu tuannya dah tiada jadi tular
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio