Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ia bermaksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita pasti akan melakukannya dengan sepenuh usaha kita, dan begitu juga sebaliknya.
Satu video tular baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki Malaysia yang berjaya membeli iPhone model baharu
Dengan menyimpan duit syiling 50 sen selama tujuh tahun, telah menarik perhatian ramai.
Ambil masa tiga jam untuk mengira duit syiling 50 sen berjumlah RM5,360
Dalam video yang dikongsi oleh @bifoty_camper, kelihatan lelaki tersebut bersama beberapa ahli keluarganya sedang mengira jumlah duit syiling RM0.50 yang telah dikumpulkan sejak tujuh tahun lalu.
Apa yang menarik perhatian adalah mereka menggunakan gergaji untuk memotong botol yang berisi duit syiling tersebut sehingga terbuka dan mengira jumlah keseluruhan wang itu bersama-sama.
Lebih mengagumkan, mereka mengambil masa selama tiga jam untuk mengira duit syiling yang jumlahnya mencecah RM5,360.
Menurut lelaki tersebut, dia tidak pernah menjangka akan menyimpan wang sebanyak itu kerana dia hanya mula mengumpul syiling sekadar hobi.
Hasil tabungan tersebut, dia berjaya membeli sebuah iPhone model baharu. Malah, untuk terus menambah koleksinya, dia juga menukar wang kertas dengan syiling daripada rakan dan keluarganya.