Lelaki batuk tak berhenti, Doktor cek ada pokok dalam paru-paru rupanya macam ini cara pokok tumbuh. Artyom Sidorkin, 28 tahun mengadu dadanya bukan sahaja terlalu sakit malah turut mengalami batuk berdarah.
Doktor yang merawat juga meyakinkan bahawa Sidorkin menghidap kanser.
“Kami yakin seratus peratus,” kata pakar bedah Vladimir Kamashev dari Izhevsk di Urals.
“Kami melakukan sinar-X dan mendapati sesuatu yang kelihatan seperti ketumbuhan. Saya telah melihatnya beratus kali sebelum ini, lalu kami memutuskan untuk melakukan pembedahan.”
Sebelum memindahkan bahagian paru-paru yang paling besar, pakar bedah menyiasat tisu secara biopsi.
“Saya menyangka saya sedang berhalusinasi. Saya meminta pembantu saya melihat: Mari dan lihat ini, kita dapat pokor fir di sini.” kata Doktor Kamashev.
“Pembantu saya mengangguk dengan terkejut. Saya mengerdipkan mata tiga kali untuk memastikan saya benar-benar melihat pokok itu.”
Siapa sangka dalam tubuh badan manusia pokok fir sepanjang 5 sentimeter itu boleh tumbuh.
nangtime.com – Doktor Menemui Pokok Tumbuh Dalam Paru-paru Seorang Lelaki Yang Mengadu Sakit Dada Dan Batuk Teruk
Mereka percaya Sidorki tertelan biji benih di mana ia tumbuh menjadi pokok fir kecil. Mereka turut percaya bahawa batuk berdarah yang dialami oleh Sidorkin adalah berpunca daripada daun tajam pokok fir yang terkena pada kapilari.
“Ia sangat menyakitkan. Tetapi jujurnya saya tidak merasakan ada benda asing dalam badan saya,” kata Sidorkin. “Saya berasa sangat lega kerana ia bukanlah kanser.”
BACA:
Rupanya Siti Aafiyah ada kembar lelaki yang tak pernah didedah? Ini ceritanya