Lelaki asal johor menang ‘cabutan bertuah’ RM32 juta

Oleh ZAKARIA HAMZAH

“Saya dan isteri sangat gembira kerana impian kami telah menjadi kenyataan,”

Seorang lelaki di Johor yang bekerja di Singapura telah berjaya memenangi ‘cabutan bertuah’ dengan memperoleh Supreme Toto 6/58

bernilai RM32 juta pada Rabu yang lalu, seperti yang dilaporkan oleh MothershipSG.

Dalam catatan pada Facebook pada hari Rabu, Sports Toto Malaysia mengumumkan bahawa tiket System 8 yang dimenangi oleh lelaki berusia 44 tahun itu telah dibeli di Johor Bahru.

“Saya dan isteri sangat gembira kerana impian kami telah menjadi kenyataan,” kata lelaki tersebut seperti yang dikongsi dalam catatan Sports Toto.

“Saya akan terus bekerja dan menggunakan wang kemenangan untuk membayar pinjaman perumahan, membeli beberapa hartanah, menubuhkan tabung pendidikan untuk kanak-kanak dan menderma kepada pertubuhan kebajikan,” tambahnya.

Lelaki yang bertuah ini bekerja sebagai penyelia untuk sebuah syarikat perdagangan di Singapura tetapi tinggal di Johor, seperti yang dilaporkan oleh The New Straits Times.

“Saya sentiasa bertaruh pada permainan Toto 4D Jackpot dan Supreme Toto 6/58 hanya untuk suka-suka, dan saya tidak pernah menjangkakan saya boleh menjadi pemenang jackpot suatu hari nanti,” katanya dipetik dalam laporan tersebut.

“Nombor kemenangan – 1, 3, 9, 11, 26 dan 47 adalah antara nombor kegemaran saya yang sering saya pertaruhkan,” tambahnya.

BACA: “Warga asing raih pendapatan RM10000 sebulan dengan hanya jadi pengemis