Lebih ramai calon muda perlu ditampilkan dalam PRU-15

Oleh MHDAILY

Majlis Belia Negeri (MBN) Perak menggesa semua parti politik meletakkan lebih ramai calon muda bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar faktor usia tidak lagi dijadikan alasan untuk Parlimen tidak bersidang.

Presidennya, Aswannudin Hariffudin berkata, perkara itu amat wajar dipertimbangkan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi alasan Parlimen tidak boleh bersidang kerana mengambil kira faktor kesihatan ahli Parlimen yang berusia.

Menurutnya, berdasarkan data yang dikeluarkan itu, seramai 100 ahli Parlimen terdiri daripada 77 orang berusia 61 hingga 69 tahun, 19 orang berusia 70 hingga 79, manakala empat orang berusia 80 tahun ke atas.

Baca Artikel Penuh