‘Lautan api sanggup ku renangi’ Lelaki nekad berenang 5 jam selamatkan isteri tengah laut

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang pelancong dari Arab Saudi telah berenang lebih lima jam untuk mencapai pantai di Thailand

Bagi mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan isterinya yang terkandas di tengah laut, lapor laman berita The Pattaya News semalam.

Abdulrahman Mahdi M. Alamri, 26, berenang sejauh dua kilometer ke Pantai Jomtien, yang terletak empat kilometer dari bandar Pattaya.

Beliau meminta bantuan untuk menyelamatkan isterinya, Atheer Saeed A. Alamri, 26, yang masih terkandas bersama jet ski yang rosak di tengah laut.

Abdulrahman mengorbankan nyawanya untuk berenang dalam keadaan gelap sebelum akhirnya ditemui oleh seorang individu

'Lautan api sanggup ku renangi' Lelaki nekad berenang 5 jam selamatkan isteri tengah laut

yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Bot peronda segera dihantar,

dan Atheer ditemui kira-kira dua kilometer dari pantai dalam keadaan berpaut pada jet ski yang terbalik serta memakai jaket keselamatan.

Pasangan itu menyewa jet ski berkenaan selama sejam di Pantai Jomtien, namun selepas masa sewaan tamat, mereka tidak kembali ke pantai.

Ini menyebabkan pengendali perkhidmatan jet ski memulakan pencarian awal, namun gagal mengesan mereka.

BACA; ‘Kami usaha, bukan relaks’ Zain Saidin akhirnya bersuara kes hutang RM1 juta