‘Lantak orang nak kata apa’, Kes buli, Naim Daniel doa UPNM boleh melingkup

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel baru-baru ini meluahkan perasaan

Mengenai isu buli yang terus berlarutan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal.

Menurut laporan, insiden buli terbaru yang berlaku pada 21 Oktober lalu telah menyebabkan

mangsa mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Di laman sosialnya, Naim menyatakan bahawa institusi tersebut patut “ditutup” kerana terlalu banyak kes buli, termasuk beberapa yang mengakibatkan kematian.

'Lantak orang nak kata apa', Kes buli, Naim Daniel doa UPNM boleh melingkup

“Sekarang ni, lebih baik tutup saja tempat ni. Lantaklah orang nak kata apa, jangan datang dekat aku dan cakap aku tak faham tradisi sesebuah institusi. Dah berapa banyak nyawa yang telah dizalimi di sini, dan berapa banyak lagi yang belum atau tidak didengari?” tulis Naim.

Sebelum ini, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, seorang pegawai Kadet Laut, dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli oleh rakan-rakannya menggunakan seterika wap. Insiden itu berlaku selepas beliau difitnah mencuri komputer riba.

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel baru-baru ini meluahkan perasaan mengenai isu buli yang terus berlarutan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal.

Menurut laporan, insiden buli terbaru yang berlaku pada 21 Oktober lalu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Di laman sosialnya, Naim menyatakan bahawa institusi tersebut patut “ditutup” kerana terlalu banyak kes buli, termasuk beberapa yang mengakibatkan kematian.

“Sekarang ni, lebih baik tutup saja tempat ni. Lantaklah orang nak kata apa, jangan datang dekat aku dan cakap aku tak faham tradisi sesebuah institusi. Dah berapa banyak nyawa yang telah dizalimi di sini, dan berapa banyak lagi yang belum atau tidak didengari?” tulis Naim.

Sebelum ini, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, seorang pegawai Kadet Laut, dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli oleh rakan-rakannya menggunakan seterika wap. Insiden itu berlaku selepas beliau difitnah mencuri komputer riba.

Enam individu yang terlibat dalam kejadian tersebut, yang juga merupakan bekas pelajar institusi yang sama, telah didapati bersalah membunuh Allahyarham Zulfarhan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu.

BACA: Aisyah Hijanah jawab kerisauan netizen isu tanam ‘Kanta Lekap’ dalam mata