Lama menyepi tanpa khabar berita, ini keadaan Rusdi Ramli yang buat ramai tertanya-tanya.
Figura bernama Rusdi Ramli pastinya dikenali oleh peminat drama tempatan lantaran lakonan hebatnya termasuklah pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20.
Rusdi Ramli merupakan seorang pelakon yang memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20
Namun kini, wajah aktor yang juga anak kepada dramatis Norlia Ghani itu semakin kurang kelihatan di kaca televisyen mahupun layar lebar dan ramai beranggapan Rusdi sibuk dengan kerjanya di balik tabir selaku pengarah.
Pun begitu sebenarnya, Rusdi, 52, mendedahkan, dia sudah lama tidak menerima sebarang tawaran kerja sama ada di depan ataupun di belakang kamera.
“Jujurnya, saya dah lama tak dapat job. Tak kisahlah sebagai pelakon atau pengarah, dua-dua tak ada.
“Sebelum ni ada terdengar orang kata saya merajuk, tetapi dakwaan tu tak betul. Saya tak ada pun berkecil hati dengan mana-mana pihak.
“Saya pun tak tahu punca tiada tawaran diberikan. Masa tak ada job, cuak jugalah sebab lebih tiga bulan menganggur.
Rusdi Ramli meluahkan perasaannya kepada pihak media
“Ini kerana, pendapatan saya seratus peratus bergantung dengan kerjaya seni, tiada sumber lain sebagai back-up,” akuinya keresahan.
Bagaimanapun, Rusdi menambah, dia bersyukur kerana kini dah kembali ke lapangan menjalani penggambaran meski rentaknya masih perlahan.
Rusdi berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis prapelancaran filem animasi Tun Teja yang menyaksikan isterinya, Sharon Paul berperanan selaku penggubah skor muzik untuk naskhah pertama terbitan produksi NSA Studio menggunakan teknologi animasi Unreal Engine 5.
Selain Rusdi yang turut membintangi filem tersebut, barisan pelakon lain seperti Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Hilal Azman juga antara penyumbang suara.
Namun peranan bagi menghidupkan watak Tun Teja masih dirahsiakan dan cuma akan diumumkan sebaik tiba masanya dan difahamkan ada kejutan menanti penonton.
BACA:
Bank dah tak terima duit syiling? Habis tu macam mana dengan orang yang menabung pula
Patutlah jual dadah kaya? Polis jumpa 2 tan kokain terapung di tengah laut bernilai RM1.9 billion