Lalang tak boleh dibiar lama-lama, sindir Zahid

Lalang tak boleh dibiar lama-lama, sindir Zahid

Assalamualaikum, sejahtera,sahabat semuanya.

Sekali sekali kita turun padang tebas lalang di kawasan rumah.

Lalang tidak boleh dibiarkan lama-lama. Semakin dibiarkan semakin menyemakkan.

Mencacatkan pemandangan walau di mana ia tumbuh. Jika malas boleh racunkan saja.

Tetapi jika tebas sendiri dapat keluarkan peluh. Memberi manfaat kesihatan juga.

Syukur alhamdulillah faktor umur belum menjadi penghalang untuk menebas lalang.

Lagipun sejak kecil saya telah biasa diberi tanggungjawab membantu keluarga.

Membantu di kebun, membuat kerja rumah dan menjaga adik-adik yang masih kecil.

Maka menebas lalang bagi saya bukanlah perkara yang tersangat membebankan.

Melakukan sendiri kerja-kerja rumah banyak manfaat yang lain.

Menonjolkan kepimpinan melalui teladan kepada seisi keluarga selaku ketua rumah.

Kerja menebas lalang boleh juga jadi aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan.

Bersama-sama anak dan cucu membersihkan persekitaran rumah melahirkan hati yang bersih.

Sekali gus menyemai kasih sayang dan perasaan kebertanggungjawaban antara ahli keluarga.

Sumber :