Lagu ‘itik gembo-gembo’ terkenal pada tahun 90-an, ini keadaan terkini kumpulan A to Z sekarang

Oleh MHDAILY

Lagu ‘itik gembo-gembo’ terkenal pada tahun 90-an, ini keadaan terkini kumpulan A to Z sekarang. UMPULAN A To Z bukan nama asing dalam kalangan mereka yang membesar sekitar tahun 1990-an.

A To Z yang telah berpecah itu pernah dianggotai oleh Lan, Jeff dan Allahyrham Fendy sangat popular dengan lagu Itik Gembo-Gembo dan Iyo Ko.

Seperti menghilangkan rasa rindu peminat, nama Lan tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas sebuah videonya menyanyikan lagu Itik Gembo-Gembo tular dalam TikTok.

Disebabkan video tersebut, ramai mula mengenang semula memori zaman kegemilangan A To Z.

NAMA Lan tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas sebuah videonya menyanyikan lagu Itik Gembo-Gembo tular dalam TikTok.

Lagu 'itik gembo-gembo' terkenal pada tahun 90-an, ini keadaan terkini kumpulan A to Z sekarang

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang memasang impian untuk melihat Lan kembali aktif dan menyertai Gegar Vaganza.

“Rindunya nak tengok Lan menyanyi. Saya harap Lan dapat menyertai Gegar Vaganza, amin,” luah seorang netizen.

Video tersebut sudah mendapat lebih 80,000 tontonan dan 4,000 tanda suka.

Selagi boleh usaha, Lan A To Z takkan meminta-minta

LAN ketika menerima bantuan daripada Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez

“TIGA tahun saya cari rezeki menyara keluarga dengan tawarkan khidmat penyewaan sistem bunyi.

“Namun, apabila pandemik melanda negara, satu persatu tawaran yang ada dibatalkan sekali gus buat saya panik,” kata anggota trio A To Z, Norazlan Abd Aziz atau Lan mengenangkan keperitan yang ditempuhinya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Lan, 51, tidak bersikap meminta-minta, namun sebaliknya berusaha mencari jalan menampung kehidupan.

“Alhamdulillah, tiba-tiba tercetus ilham mencari buluh lemang untuk dijual.

Lagu 'itik gembo-gembo' terkenal pada tahun 90-an, ini keadaan terkini kumpulan A to Z sekarang

“Saya berusaha masuk hutan cari buluh dan berurusan dengan orang asal untuk dapatkan bekalan.

“Syukur saya berjaya jual buluh lemang dengan jumlah keseluruhan 6,000 batang. Keuntungan bukan besar kerana saya jual RM2, manakala kos untuk bayar orang asal pula RM1. Apapun saya bersyukur kerana ada rezeki untuk keluarga,” katanya.

Penyanyi lagu popular Itik Gembo-Gembo dan Darjat ini berkata, dia bersyukur kerana rakan-rakan artis serta peminat memberi semangat dan sokongan terhadap karier barunya itu.

“Saya tak perlu rasa segan (malu) dalam mencari rezeki. Selagi tangan dan kaki boleh bergerak untuk cari makan, saya akan terus berusaha.

“Pada usia ini saya bersyukur Allah masih anugerahkan kekuatan untuk mencari rezeki tanpa perlu meminta-minta kepada orang lain.

“Dalam masa sama, kawan-kawan artis pun tak pinggirkan saya dengan sering menghubungi untuk beri kata semangat. Peminat pula sokong dengan beli buluh yang dijual,” katanya.

Lan yang berkahwin kepada Siti Nur Ain Daut dan mempunyai dua anak iaitu Putera Muhammad Darwish dan Puteri Nur Darwisya mengakui lega apabila pandemik yang melanda negara akhirnya pulih seperti biasa.

“Ia sesuatu yang menggembirakan. Perlahan-lahan, saya buat hebahan untuk penyewaan sistem bunyi saya di Facebook dan Alhamdulillah sambutannya mula ada walaupun masih perlahan.

“Bagaimanapun saya masih jual buluh lemang memandangkan orang makan lemang tanpa bermusim dan bukan hanya pada sambutan perayaan.

“Lagipun selepas ini kita akan sambut hari raya Aidilfitri dan buluh lemang masih diperlukan,” katanya yang menetap di Felda Sungai Buaya, Rawang.

Dalam pada itu, dia juga mengusahakan pokok buluh madu dan memasarkan rebung madu serta kuih tiram kepada mereka yang berminat.

BACA:

Siapa sangka 4 pemain Malaysia ini terkenal di Korea, “sama-sama naik dengan oppa Kpop”

Budak sekolah duduk asrama jana RM19,000 dalam masa 5 hari