Lagu Isabella nyanyian Amy Search, rupanya lirik lagu diambil dari kisah arwah Bob Lokman

Oleh MHDAILY

Lagu Isabella nyanyian Amy Search, rupanya lirik lagu diambil dari kisah arwah Bob Lokman

Malaysia hari ini dikejutkan dengan pemergian penulis lirik terkenal tanah air, Mohd Hakim bin Lokman atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Bob Lokman sebentar tadi.

Berita menyentuh hati tersebut disahkan oleh kumpulan Nasyid Malaysia terkenal, Inteam menerusi laman Facebook rasmi milik mereka.

Lagu Isabella nyanyian Amy Search, rupanya lirik lagu diambil dari kisah arwah Bob Lokman

Allahyarham Bob Lokman menghembuskan nafas terakhir di usia 58 tahun.

“Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini. Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abg Bob Lokman,” tulis perkongsian itu,” tulis mereka.

Siapa yang tidak mengenali susuk seorang komposer hebat yang telah menghasilkan banyak karya-karya lagu yang terkenal termasuk lagu yang dimahsyurkan oleh kumpulan Search berjudul Isabella.

Memetik Awani, lagu keramat ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, ia juga mendapat perhatian dan mencetuskan fenomena luar biasa di negara jiran, Indonesia serta boleh diterima dari segenap lapisan masyarakat tidak mengira usia, kaum dan latar belakang.

Namun, mungkin ada yang masih belum tahu bagaimana setiap aksara-aksara dalam lagu ini disusun dengan sangat cantik menjadi satu demi satu perkataan yang sangat indah oleh penulis liriknya, Bob Lokman.

Sehingga ke hari ini, lagu tersebut masih lagi boleh diterima oleh peminat seni muzik dan lagu tanah air.

Lagu ini lahir ketika usia Bob Lokman 24 tahun dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir menyerahkan sebuah kaset yang mengandungi lagu berkenaan kepadanya untuk ditulis bait liriknya.

“Nasir (M. Nasir) keluar dari studio rakaman bagi saya kaset suruh saya buat lirik. Saya tanya pada Nasir, nak tulis lirik apa, dia jawab Isabella,” jelasnya.

Menariknya, lirik-lirik lagu tersebut merupakan inspirasi dari pengalaman sebenar Bob Lokman yang pernah berkawan dengan seorang gadis berdarah campuran Melayu dan juga Inggeris.

“Termenung saya dan bercakap sendiri, apa benda Isabella ini? Tiba-tiba saya teringat saya pernah kenal seorang gadis berdarah campuran Melayu – Inggeris. Dari situ saya kembangkan jalan cerita Isabella,” jelasnya semasa ditemu bual oleh Awani pada tahun 2019.

Selain dari Isabella, Bob Lokman juga telah menulis sebanyak 350 lirik sepanjang beliau bergelar penggiat seni. Antara lagu lain yang pernah ditulis oleh beliau adalah, Taman Rashidah Utama (1988 / Wings – Hukum Karma), Fotostat (1988 / Wings – Hukum Karma), Purnama (1989 / Search – Fenomena), Warisan Wanita Terakhir (1994 / Teacher’s Pet – Eh… Keras Tu!), Malas (1994 / Teacher’s Pet – Eh… Keras Tu!) dan banyak lagi karya yang telah dihasilkan oleh beliau.

BACa: Cinta tak kenal usia, warga emas usia 83 tahun nikahi gadis 27 tahun, rupanya macam ini cinta mereka berputik