Guru tersebut dituduh melakukan perbuatan tersebut dalam ‘sesi’ selama sejam bersama salah seorang pelajarnya, di dalam kelasnya sendiri.
Seorang guru yang dituduh melakukan hubungan intim dengan seorang pelajarnya, telah dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan.
Rachel Goodle, 22 tahun, telah mengaku tidak bersalah tahun lalu atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.
Dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan serangan seksual terhadap pelajar oleh kakitangan sekolah.
Guru tersebut dituduh melakukan perbuatan tersebut dalam ‘sesi’ selama sejam bersama salah seorang pelajarnya, di dalam kelasnya sendiri sebelum mereka pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang.
Walaupun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka bersama, Goodle cuba menghalang keputusan dua penyiasatan yang didedahkan kepada umum.
Peguam Goodle berpendapat bahawa cubaan untuk menyekat rekod itu adalah kerana ‘mereka berkemungkinan boleh memberi kesan buruk kepada hak Goodle untuk perbicaraan yang adil’.
Siasatan dalaman dilakukan oleh pihak sekolah sebelum polis mendedahkan rakaman Goodle dan pelajar tersebut mempunyai ‘hubungan rapat’ secara jelas.
Penyiasat, Zach Case berkata, pelajar tersebut kemudian mengakui bahawa dia bersama guru tersebut melakukan hubungan intim di dalam kelas.
Goodle akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 April depan untuk pra-perbicaraan, dengan perbicaraan sebenar dijadualkan pada 22 April.
Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 40 tahun sekiranya didapati bersalah.