Laa rupanya ini punca sebenar Sanusi dakwa Penang milik Kedah yang ramai nak tahu.
Wakil rakyat DAP, Syerleena Abdul Rashid membidas Sanusi Nor mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang,
Beliau dengan berkata ia cubaan mengalih perhatian daripada kegagalannya sebagai menteri besar Kedah.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, dakwaan Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah bertujuan mengalih perhatian rakyat, terutama penyokong Perikatan Nasional (PN).
“Ini khasnya membabitkan kegagalannya sebagai menteri besar dalam memacu ekonomi Kedah,” katanya dalam kenyataan.
Syerleena mendakwa Sanusi juga cuba mengalih perhatian orang ramai daripada masalah air Kedah serta penebangan hutan yang menyebabkan banjir dan perubahan geografi Yan.
“Kekurangan penyelesaian jangka pendek dan sederhana kepada isu air, khususnya di kawasan Kuala Kedah, dikatakan bukti kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Sanusi.”
Tegasnya, Kedah di tempat kedua dalam senarai negeri termiskin dalam negara, selepas Kelantan.
Menurutnya, prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kedah pada 2021 ialah 3.2%, sementara KDNK Pulau Pinang tertinggi iaitu 6.8%, diikuti Selangor (5%), Terengganu (3.6%) dan Perak (3.5%).
“Daripada mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik Sanusi memberi tumpuan kepada pentadbiran negerinya yang memerlukan perhatian sewajarnya,” kata Syerleena yang juga Adun Seri Delima.
Rabu lalu, Sanusi menggesa Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaannya bahawa Pulau Pinang milik Kedah selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memintanya “memahami Perlembagaan Persekutuan” yang menyenaraikan Pulau Pinang antara 13 negeri persekutuan.
Semalam, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dilaporkan berkata, cadangan Sanusi meminda Perlembagaan ialah pengakuan beliau membuat kesilapan. Dengan berbuat demikian, katanya, Sanusi mengakui Pulau Pinang ialah negeri berdaulat dalam persekutuan.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, kenyataan Sanusi mengenai kedaulatan Pulau Pinang “tidak berperlembagaan”, oleh itu ia “tidak sah”.
BACA:
Kalah mendiang Ratu Elizabeth, Rolly Royce Sultan Brunei kereta termahal dunia raih perhatian