KWSP : Najib dan Asyraf manipulasi isu, dakwa pemimpin Pas Selangor

Oleh MHDAILY

Semalam KWSP telah mengeluarkan syarat bagi pengeluaran i-Sinar yang terdiri daripada 2 kategori yang secara jelas memudahkan rakyat yang terkesan meletakkan diri mereka dalam kategori mana bagi memudahkan urusan pengeluaran wang KWSP mereka.

Sudah pasti yang terkesan akan melihat perkara ini adalah satu kebaikan dan membantu mereka dalam merancang pengeluaran mereka melalui kategori berdasarkan jumlah simpanan sedia ada dalam akaun 1 mereka. Mereka yang terkesan sepatutnya tidak perlu kecewa malah syarat pula ada yang telah dilonggarkan sedikit.

Ironinya, yang menjadi persoalan mengapa ada segelintir rakyat yang kecewa, marah dan bising sehingga keluar istilah i-kecewa, i-kencing dan pelbagai lagi istilah sedangkan KWSP telah membenarkan 8 juta ahlinya yang terkesan mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga RM10 ribu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

i-Sinar bukannya satu-satunya cara untuk mengeluarkan simpanan pencarum. Mereka yang tidak terkesan ada lebih 17 jenis pilihan pengeluaran wang KWSP mereka dan antaranya untuk kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan, pembelian rumah ataupun bayaran balik pinjaman rumah.

Saya melihat mereka yang bising kecewa ini ada 2 jenis iaitu sengaja bising kerana mahu mengambil kesempatan politik dan satu lagi mereka yang tidak terkesan namun cuba mengambil kesempatan ingin juga keluar duit KWSP mereka kerana kemahuan atau keselesaan dan bukan kerana keperluan.

Sikap dan tindakan segelintir pimpinan politik seperti Najib Razak dan Asyraf Wajdi yang sering manipulasikan isu ini sebenarnya adalah cubaan mengambil peluang kononnya ingin menjadi juara rakyat dalam permainan “Delusi”, iaitu satu pendapat yang silap dan mengelirukan namun cuba dipolitikkan.

Serangan terbuka mereka kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri PN adalah sangat tidak bertanggungjawab, sebagai rakan sekutu kerajaan. Sepatutnya mereka mendidik rakyat yang tidak terkesan agar terus sedar kepentingan simpanan masa hadapan mereka, peranan sebenar KWSP, keperluan wang simpanan mereka untuk terus kekal disimpan dalam membantu ekonomi negara serta pulangan dividen yang kompeten kepada semua pencarum.

Ini adalah masa kita sedar tanggugjawab kita mereka yang masih bekerja, mereka yang pendapatan masih tidak terjejas dan tidak terkesan untuk bantu negara bukan bersifat mementingkan diri. Apa guna istilah Kita Jaga Kita kalau yang tidak terkesan juga mahu mementingkan diri. Perlu diingatkan yang simpanan KWSP adalah bertujuan untuk kegunaan ketika anda pencen, prinsip menyimpan wang dalam KWSP adalah untuk memastikan ada wang yang cukup bila ahli-ahli bersara kelak.

Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Sumber :