Seekor kucing jantan gergasi yang mempunyai berat hampir sama dengan seorang kanak-kanak
ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup, lapor portal berita The Sun semalam.
Anggota penyelamat menemui kucing seberat hampir 17.23 kilogram itu berada di ruang bawah tanah sebuah hospital di Perm, Rusia.
Kucing yang diberi nama Kroshik ini memiliki berat badan yang luar biasa setelah diberikan makan oleh kakitangan hospital tersebut.
Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha untuk menurunkan berat badan Kroshik kepada sekitar 4.53 kilogram melalui pelbagai kaedah, termasuk senaman.
Kroshik dipercayai telah ditinggalkan oleh pemiliknya sebelum menetap di ruang bawah tanah hospital itu.
Seorang anggota penyelamat memberitahu akhbar tempatan: “Kisah Kroshik adalah kes yang sangat jarang berlaku di mana seseorang sangat menyayangi kucing sehingga mereka sentiasa memberinya makan.”
BACA: Komplikasi jantung dan paru-paru, penyanyi terkenal era 80-an hembus nafas terakhir