Kucing Anwar jadi penghibur buat wartawan bosan menunggu depan rumah. Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang berlangsung pada Sabtu lalu, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang keputusan tentang pelantikan Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Sejak selepas keputusan PRU 15 diumumkan, wartawan dari segenap media turun dan berkampung di beberapa kediaman ‘orang penting’ dalam menentukan siapakah yang akan menerajui kerajaan nanti.
Antaranya adalah di kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden Pakatan Harapan. Bagaimanapun ada satu perkara yang telah mencuri perhatian ramai.
@sinarharianonline Kucing Anwar curi tumpuan media setelah ‘lolos’ dari kediaman Pengerusi Pakatan Harapan itu #fyp #PRU15 #MalaysiaBerintegriti #BN #PN #UMNO #PH #BubarParlimen #SPR #Undi18 #GPS #GRS #PerikatanNasional #PakatanHarapan ♬ Tokei no Uta – Nonochan(Nonoka Murakata)
Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Sinar Harian Online dan telah membuatkan ramai terhibur dengannya:
Dalam perkongsian itu dipaparkan seekor kucing Anwar Ibrahim ‘hiburkan’ wartawan dengan muncul di hadapan kediaman figura tersebut. Beberapa wartawan juga dilihat seronok dengan kehadiran haiwan comel tersebut.
Apatah lagi apabila si bulus ini nampak cukup mesra dengan orang yang tidak dikenalinya. Perkongsian video kucing Anwar Ibrahim hiburkan wartawan yang menanti di perkarangan kediaman tersebut telah mencuri perhatian ramai dengan ratusan ribu tontonan.
Di ruangan komen, rata-rata warganet akui terhibur menyaksikan keletah ‘mesra alam’ haiwan comel ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Media tunggu Dato’ Seri, tapi Dato’ Seri hantar wakil”
“Kucing reformasi tu..Kucing saya bagi tahu kucing Anuar ni ketua kucing dalam gerakan reformasi pakatan kucing Malaysia”
“Dia pun tak sabar nak tahu keputusan tu yang keluar cari sendiri”