Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik – beradik.
Aku seorang saja perempuan, adik – adik semua lelaki. Umur aku 17 tahun dan akan menduduki peperiksan penting tahun ini.
Aku ingin menceritakan tentang kesedihanku sejak tahun lepas. Ramadhan tahun lalu, mamaku meninggaI dunia akibat k4nser payud4ra.
Semasa hidupnya, mamaku seorang wanita yang hebat. Setiap subuh selepas solat, mama akan siapkan sarapan untuk kami semua dan menguruskan kami sebelum ke sekolah.
Selepas itu, barulah mama pergi kerja. Mama berkerja di syarikat swasta dan memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut.
Ekonomi keluarga kami sangat baik disebabkan pendapatan mama yang agak tinggi, sedangkan papa bekerja biasa – biasa sahaja. Pernah juga papa menganggur sebelum ini.
“Kubur mama masih merah, papa dah ada kekasih baru, siap bergambar lagi posting di Facebook, aku mula pelik bila wanita tu tulis sesuatu”
Mama sangat memanjakan kami. Tidak pernah mama memukuI kami. Marah yang teruk – teruk pun tak pernah. Sebab tu kami semua rapat dengan mama. Mama buat semua kerja di rumah, aku cuma tolong sikit – sikit saja. Aku tak banyak masa di rumah.
Lepas sekolah, aku akan pergi ke pusat tuisyen. Aku tak pandai buat kerja rumah. Goreng telur, masak nasi, bahkan cuci kasut sekolah pun aku tak pandai buat. Semua mama yang buatkan untuk kami. Saat – saat terakhir mama bersama kami seperti mimpi. Sangat meng3jutkan.
Aku tidak pernah terfikir mama akan pergi tinggalkan kami begitu cepat. Aku menyangka mama cuma s4kit biasa. Sebelum mama pergi, memang mama s4kit. Mama dimasukkan ke wad. Bila ada saud4ra – mara yang datang melawat, mama cakap mama ditahan sebab s4kit gastr1k yang meIampau. S4kit ulu hati. Memang itulah jawapan mama setiap kali ditanya.
Selepas beberapa hari ditahan di wad, mama boleh pulang. Kami pun lega akhirnya mama boleh pulang, sebab kehidupan kami serabut tanpa mama. Syarikat mama kerja memberi cuti sehingga mama betul – betul sembuh.
Suatu hari, mama pitam dan terjatuh. Kami adik – beradik panik dan terus memanggil papa. Papa datang dan terus mengangkat mama untuk pergi ke hospitaI. Tapi mama bersuara, abang tak perlu hantar saya ke hospitaI.
Waktu saya sudah tiba. Saya dah tak nampak apa – apa lagi. Masa tu papa menangis dan tidak peduli cakap mama. Papa tetap hantar mama ke hospitaI dan dibawa ke bahagian kecemasan.
Tidak lama kemudian, doktor cakap mama tidak dapat diseIamatkan lagi.
Mama hanya mampu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Masa tu aku tidak tahu apa yang aku rasa. Seluruh badanku terasa lemah, lututku rasa seolah – olah tiada tulang. Aku lihat papa menangis. Papa tanya doktor, kenapa dengan isteri saya doktor?
Kenapa tiba – tiba macam ni? Doktor menjawab, encik tak tahu ke sakit isteri encik? Isteri encik kanser payudara tahap akhir. Bagaimana mungkin papa tak tahu penyakit mama? Ya Allah.. masa tu aku sangat berharap semua tu cuma mimpi buruk dan ingin cepat – cepat bangun bangun dari tidur. Tapi maIangnya, semua kenyataan.
Rupanya sudah bertahun mama menyimpan rahsia tentang penyakit mama. Barulah aku terfikir, mengapa mama selalu mengadu sakit bila adik bongsu bermanja di dada mama. Baru aku terfikir mengapa mama selalu beli tisu banyak – banyak dan meminta aku hantarkan tisu itu di pintu bilik air setiap kali mama mandi.
Barulah aku faham mengapa mama tidak mahu membuka pakaian dalamnya masa ditahan di wad sebelum ini. Mengapa mama sembunyikan semua ini? Sekarang mama sudah tiada dan aku masih tertanya – tanya mengapa mama biarkan diri mama tersiksa seorang diri.
Semasa menguruskan jenazah mama, aku berada di samping mama dari awal sampai akhir. Aku ikut memandikan dan mengkafankan mama. Waktu itu, tiada lagi air mata yang mampu menitis. Sudah kering. Yang aku harapkan, agar mama pergi dengan tenang.
Aku menc1um mama buat kali terakhir, aku merasakan Iuka kesedihan yang paling dalam waktu itu. Sebaknya tidak mampu untuk ku tahan lagi. Mama telah pergi tinggalkan kami buat selamanya. Aku melihat jenazah mama diturunkan ke Iiang Iahad.
Di situlah aku menangis semahu – mahunya. Mamaku yang kusayang, yang selama ini selalu menemani kami sebelum tidur, kini akan tidur sendiri di dalam kubur. Ya Allah.. sayangiIah mama kami ya Allah, sebagaimana dia menyayangi kami selama hidupnya.
Setelah selesai urusan pengebumian mama, kami pulang ke rumah. Aku menangis lagi. Rumah ini tiada ertinya tanpa mama. Hatiku mer0nta – r0nta mencari mama. Tiada lagi sos0k tubuh mama yang kami peIuk setiap hari.
Adik bongsuku seperti tidak mengerti apa – apa. Tiap kali dia melihat aku menangis, dia akan cakap, kakak jangan la nangis. Mama pergi kejap je. Mama tidur je tu. Dan aku semakin sebak mendengarnya. Mama, macam mana kami nak lalui hari – hari seterusnya tanpa mama?
Selepas pemergian mama, aku belajar berdiakari. Aku belajar buat semua kerja rumah, mak cik aku ajar. Papa aku? Papa aku jarang pulang ke rumah selepas mama pergi. Lebih kurang sebulan lebih selepas kematian mama, aku mendengar berita yang mengejutkan.
Papa ada wanita baru dalam hidupnya. Bahkan wanita itu sudah pun update status di laman sosiaI dan ‘tag’ papa. Dia update gambar mereka berdua dengan caption “finally after all this years, we’ve been through a lot of bla bla bla bla blaa…” Aku sedih. Aku marah. Apa semua ni? Maksudnya selama ni papa ada perempuan lain selain mama ke?
Ya, memang papa sudah lama ada hubungan dengan wanita tu. Sampai hati papa.. sampai hati papa buat macam tu pada mama. Apakah makna air mata papa di hari kematian mama? Adakah papa sedih sebab tak nak kehilangan mama?
Atau sedih sebab mengenangkan d0sa papa terhadap mama? Atau lakonan semata – mata? Hanya Allah yang tahu. Aku benci papa. Aku ingat mama. Ya Allah.. kenapa mama pendam semuanya sendiri? Kenapa mama? Aku semakin sebak dan kasihan mengenangkan nasib mamaku semasa hidupnya.
Sudahlah menanggung sakit, ditambah lagi dengan kecurangan papa. Beberapa bulan selepas itu, papa pun berkahwin dengan wanita itu. Majlis disambut dengan meriah. Papa tak ingat dengan mama ke? Kubvr mama masih merah!
Semudah itu ke papa lupakan mama? Mama, wanita yang mendampingi hidup papa selama 20 tahun. Aku ingat kembali, memang mama seorang saja yang over exc1ted setiap kali ada tarikh – tarikh istimewa (anniversary & birthday).
Papa tidak exc1ted. Kami fikir memang papa seorang yang tidak r0mantik, tapi rupanya.. sampai hati papa.. Sekarang, papa jarang balik rumah. Adik bongsu aku dijaga oleh mak cik aku. Aku dan seorang adik lagi hidup berdikari.
Tinggal di rumah peninggalan mama. Sekali – sekala mak cik akan datang melawat dan bermalam di rumah. Papa sibuk dengan isteri barunya. Mungkin akan menimang anak baru, entah la. Aku malas ambil tahu. Papa juga tidak pernah membawa isteri barunya datang ke rumah. Kalau papa balik, dia cuma balik sendiri.
Mujurlah mama ada banyak wang simpanan semasa hidupnya. Wang itulah yang mak cik aku belanjakan untuk kami. Harapkan duit papa, dia kan sibuk bagi nafkah pada isteri barunya. Mama juga ada buat akaun simpanan atas nama kami dulu.
Simpanan itulah yang akan kami gunakan untuk sambung belajar di masa hadapan. Terima kasih mama. Mama wanita terhebat. Aku terima takdir ini. Aku cuma berharap, aku dapat jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhir4t.
Mama, semoga kita dipertemukan di syurga kelak. Kami rindu mama. Rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk mama. Buat papa, berbahagialah papa dengan isteri baru papa. Semoga kami mampu teruskan hidup walaupun kehilangan kasih sayang papa. Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku lulus cemerlang SPM tahun ini. – Anak mama (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cik Puan Sham Hairanie : Ya Allah sedihnyaaaa… Mama awak memang wanita hebat..awak kena kuatkan azam untuk berjaya dunia akhir4t demi mama awak.. Semoga awak, adik-adik dan mama bersatu di jannatuI firdausi. Jaga aur4t, jaga solat. Selalu doakan mama. All the best in your SPM..
Pipel Kolmi Anne : Kesiannya. Sabar ye nak. Allah sayang ibu awak. Sebab Allah taknak dia mend3rita lama – lama. Hadiahkan ibu awak doa doa anak yang soleh setiap hari yer. Insyaallah berjumpa juga nanti di sana.
Izzuewana Darias : Adik ni hilang kasih dan jasad seorang ibu, sekaligus hilang kasih seorang ayah dasar jantan bila dah kena sond0l, lupa anak bini kat rumah.
Buat si penyond0l homewr3cker, ambiklah suami dan ayah tak guna tu. Simpan sorang – sorang. Dah tua nanti takde yg jaga pandai la dia cari anak – anak yang dia abaikan tu