Mana-mana banduan yang ingin memohon untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, perlu mengemukakan permohonan secara rasmi.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, permohonan tersebut akan dibawa untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan
Mereka yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat yang akan datang.
Hal ini berlandaskan kepada peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang terpakai bagi kesalahan yang dilakukan di Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
Dalam kenyataan itu, dijelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa prerogatif untuk memberi pengampunan, menangguhkan hukuman,
atau menggugurkan hukuman bagi sebarang kesalahan yang dilakukan.
Agong juga berhak untuk mengurangkan, menggantung, atau meringankan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Istana Negara turut mengingatkan semua pihak untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
BACA: Heboh! Pelawak Malaysia ditahan di Arab Saudi, Ini sebab sebenar di sebalik penahanannya!