Krisis makanan makin parah, rakyat sekolahkan Menteri dan timbalan hanya sibuk kongsi politik di FB. adi saya google nak tengok siapa menteri pertanian.
Ney, ada sorang menteri dan dua orang Timbalan Menteri.
Saya pi la skodeng FB depa.
Sejujurnya, tak nampak macam mereka buat kerja sebagai menteri dan timbalan menteri.
Maksud saya, tak nampak usaha tiga orang ni nak :
1. Mengatasi masalah bekalan bahan mentah makanan
2. Mengatasi masalah ayam
Hampa boleh pi tengok FB depa, lebih banyak aktiviti ‘politik’.
Ramah mesra situ, jamuan sini, gotong royong baiki jambatan, belanja makan orang kampung di kedai makan.
Ketika mana keadaan bekalan makanan di Malaysia ni bakal tenat tak lama lagi, tak pula nampak usaha mereka untuk interface isu ni.
Habis ceritalah.
Hampa kena perbanyakkan buat polisi, buat perancangan, bantu usahawan, bantu petani, bantu penternak.
Buat something big yang boleh orang kenang sebagai,
“Ini hasil tangan dia ni la masa jadi menteri dulu…”
Ini tak nampak punca wei.
Sampai dua timbalan menteri pulak tu. Tepuk dahi lah.
Tiada wawasan, tiada inspirasi.
https://www.facebook.com/firdaus.m.saad
BACA:
Rasuah RM2.8 juta : Pendakwaan tutup kes Bung Mokhtar, Zizie Izette
Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai