Krisis air di Selangor berjaya diatasi bila premis haram proses besi diambil tindakan – Hee Loy Sian

Oleh MHDAILY

Susulan laporan orang awam mengenai pencemaran longkang monsun di Taman Semenyih Permata di sini Khamis lepas, pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri telah menyita sebuah premis pemprosesan besi secara haram, sekali gus menghalang potensi krisis gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor Hee Loy Sian berkata, selain itu Majlis Pembandaran Kajang (MPKj) juga bertindak panas membina benteng bagi menghalang limpahan kolam air yang mengandungi bahan kimia terus masuk ke Sungai Semenyih.

Dalam sidang media di premis berkenaan yang terletak di Mukim Hulu Semenyih, beliau berkata, ia merupakan kali kelapan Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi berkaitan menghalang aktiviti yang boleh mengakibatkan krisis bekalan air seumpama ini.

Baca Artikel Penuh