KPM umum 19 April cuti khas untuk semua warga KPM, tidak ada sesi persekolahan.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan para guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.
“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
BACA:
Kerana silap bank-in duit, wanita ini terima RM49.2 juta dari ‘stranger’ sekali ini yang dia beli
Dah masuk Imsak tak boleh sahur dah ke? Ini jawapan padu Ustaz buat ramai dapat ilmu baru