KPKT berhasrat bina tugu di tapak kondo Highland Towers – Menteri

Oleh MHDAILY

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata tugu sempena memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium itu pada 11 Dis 1993 juga bakal dilengkapi taman dan laluan pejalan kaki.

“Bila saya sebut taman (seperti dilaporkan sebelum ini), mungkin orang salah faham ia bakal jadi kawasan lapang dengan kemudahan seperti taman permainan.

Baca Artikel Penuh