Kontroversi rumahtangga, setelah lama berdiam diri akhirnya ini respon ND Lala

Oleh MHDAILY

Kontroversi rumahtangga, setelah lama berdiam diri akhirnya ini respon ND Lala.

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman seakan mengesahkan spekulasi wujud ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.

Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah ini turut memuat naik satu foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.

Kontroversi rumahtangga, setelah lama berdiam diri akhirnya ini respon ND Lala

IG kena serang

Susulan daripada itu, akaun Instagram milik ND Lala telah diserang oleh netizen.

Rata-rata netizen berkata mereka tidak sabar untuk mendengar penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri berhubung kontroversi yang tengah hangat diperkatakan pada waktu ini.

Ujar netizen lagi, mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelantun suara ‘Diari YB’ itu.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Mahligai cinta pasangan sejoli ini juga dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

BACA:

Dia buat mall macam rumah sendiri siap jemput member datang main PS5! Lelaki ini dedah macam mana dia ada rumah dalam mall

“Suami aku sejadah pun jarang sentuh, bila ajak solat nak layan pubg dulu, sampai la aku terjumpa sorang laki ini pula jadi”