‘Konon tersakiti, kau malukan laki depan orang ada la!’ Individu dedah perangai Isteri Shuk pula?

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Terbaru, seorang rakan Shuk Sahar tampil mempertahankan pelawak tersebut

selepas pendedahan yang dibuat oleh isteri Shuk, Fara Salleh, mengenai rumah tangga mereka di laman sosial.

Menurut individu tersebut, tuduhan yang dibuat oleh Fara adalah tidak benar sama sekali,

Terutama dakwaan bahawa Shuk menjaja cerita buruk mengenai rumah tangga mereka kepada rakan-rakan.

Individu itu juga menempelak tindakan Fara yang memuat naik foto rakan-rakan Shuk di media sosial.

'Konon tersakiti, kau malukan laki depan orang ada la!' Individu dedah perangai Isteri Shuk pula?

“Awak yang mengumpat suami awak di media sosial. Awak malukan suami awak ketika dia berniaga di Singapura.

Suami awak tak pernah menyebelahi sesiapa, termasuklah tidak pernah bercerita tentang awak.

Kami pun tidak pernah mahu tahu cerita pasal awak.

Kenapa perlu burukkan suami di media sosial? Betul atau tidak, itu antara awak berdua. Atau adakah awak sengaja mahu orang lihat suami awak jahat?”

Difahamkan, isu ini bermula apabila Fara dan Shuk bergaduh semasa berniaga kek tapak kuda.

Sebelum ini, Fara meluahkan rasa kesal kerana menikahi Shuk, mendakwa pelawak tersebut sebagai kaki kongkong, baran, dan mementingkan rakan-rakan.

BACA: ‘Donut bapak kau!’ Lando sekolahkan pempengaruh dakwa bumi bentuk donut