Seniman Negara dan komposer tersohor, Tan Sri Dr. Ahmad Nawab, telah meninggal dunia pada usia 92 tahun
akibat sakit tua, sekitar jam 3.15 petang tadi di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur.
Pemergian Ahmad Nawab, atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan
Disahkan oleh cucunya, Teh Suraya Nasir Khan.
“Arwah tidak menghidap sebarang penyakit serius, cuma demam sejak dua tiga hari kebelakangan ini.
Mungkin itu tanda beliau akan pergi. Alhamdulillah, beliau pergi dengan tenang,” katanya.
Menurut Teh Suraya, jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Kuala Lumpur.
BACA: Paris Hilton didakwa pernah suntik botoks, ini jawapan tuan badan mengejutkan