Komplikasi jantung dan paru-paru, penyanyi terkenal era 80-an hembus nafas terakhir

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Penyanyi terkenal era 80-an, Puput Novel, telah meninggal dunia akibat kanser payudara yang telah dihadapinya selama tiga tahun lalu.

Berita sedih ini dikongsi oleh adiknya, Baginda Sanjaya, kepada portal Liputan6.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun di Hospital MMC, Kuningan, Jakarta Selatan, semalam.

“Arwah telah berjuang melawan kansernya, tetapi itulah pengakhirannya.

“Pelbagai rawatan telah dilakukan selama tiga tahun lalu, namun semuanya telah ditentukan,” katanya.

Komplikasi jantung dan paru-paru, penyanyi terkenal era 80-an hembus nafas terakhir

Selain bergelar penyanyi, Puput atau nama sebenarnya Putri Zizi Novianti juga telah menceburi dunia hiburan Indonesia sebagai pelakon dan pengacara.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham telah merakamkan 36 buah album, membintangi empat filem, dan tiga drama.

Kongsi Baginda, kerana keadaan yang semakin merosot, Allahyarham dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia sekitar petang semalam.

“Dia mengalami komplikasi pada jantung dan paru-parunya.

“Memang sudah waktunya kakak saya berpulang,” katanya lagi.

BAca: Tular video punggung lelaki dikerumuni sekumpulan lebah, rupanya nak buat sarang!

Leave a Comment