‘King’ milik cikgu kena bakar. Kereta Perodua Myvi atau lebih dikenali sebagai “King” di Malaysia milik seorang cikgu pusat tuisyen di Taman Baiduri di sini habis hangus terbakar pada bahagian bumper belakang dipercayai angkara perbuatan ah long.
Kejadian kira-kira jam 4.16 pagi itu hanya disedari Lee Mei Ching, yang berumur 54 tahun selepas terdengar bunyi hon kereta dan loceng rumahnya ditekan beberapa kali.
Menurutnya, ketika kejadian dia, suami serta anak lelaki berusia 25 tahun sedang tidur.
“Saya terjaga selepas dengar bunyi hon kereta dan loceng rumah ditekan beberapa kali.
“Apabila saya tengok di luar, kereta Perodua Myvi saya yang diparkir dalam garaj sedang terbakar pada bahagian bumper belakang sebelum berjaya dipadamkan,” katanya kepada media pada Rabu.
Menurutnya, apabila diperiksa, terdapat serpihan plastik yang dibakar ditinggalkan di atas bumbung keretanya.
Ujarnya, terdapat juga nota yang tertera nama ‘Ong Teck Xiang’ beserta alamat rumahnya.
“Dalam nota itu turut meminta menghubungi nombor WhatsApp Simon. Saya tak kenal dia siapa dan rasanya ada orang yang menggunakan identiti dan alamat rumah saya untuk meminjam wang.
“Saya secara peribadi tidak pernah meminjam wang dengan sesiapa atau mempunyai perselisihan faham dengan sesiapa,” tambahnya lagi.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai telah sahkan terima report.
BACA:
Zara Zya akhirnya buka mulut jelas hubungan ‘istimewa’ dengan Shuib
Tokti keluar RM10,000 sebulan untuk belanja sekolah Aafiyah dan Afwa
Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan