King KL Gangster meninggal dunia

Oleh MHDAILY

King KL Gangster meninggal dunia. Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada Astro AWANI sebentar tadi.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu.

King KL Gangster meninggal dunia

Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham ketika dihubungi.

Menurut Kamarul Izham, Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di kampungnya di Hulu Langat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.

Allahyarham mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum terbabit dalam bidang lakonan.

Antara filem lakonan Allahyarham adalah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, KL Gangster dan beberapa buah filem lain.

Allahyarham berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan berpisah pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak.

BACA:

Tahukah anda? Pada tahun 1972 pernah kecoh dalam parlimen kes kakitangan siar filem lucah dalam Hospital Ipoh

Baru je 2 bulan jual biskut ‘Shelup-shelup’, sekali Shuhada nak tutup bisnes rupanya ini punca sebenar