Kim Seri, atau nama sebenarnya Seri Azlina, yang kini berdepan tuduhan penipuan berkaitan pakej pelancongan yang dikendalikan olehnya,
Menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menyiasat kes berkenaan.
“Saya Tidak Lari ke Jepun”
“Saya tidak melarikan diri ke Jepun dan tiada niat untuk menetap di sana.
Saya masih berada di Korea Selatan dan bersedia untuk memberi kerjasama terhadap apa-apa siasatan,” katanya melalui hantaran di Instagram Story (IGS).
Kim Seri turut menjelaskan bahawa dia telah membuka satu kum
pulan WhatsApp untuk memulakan proses pemulangan wang kepada pelanggan yang terlibat.
“Pemulangan Wang Pelanggan Sedang Diuruskan”
“Saya telah membuat satu kumpulan WhatsApp bagi memulakan proses pemulangan wang untuk perjalanan bulan Disember ini dan seterusnya,” katanya.
Dia turut menegaskan bahawa tiada pakej pelancongan baharu yang dibuka. Sebaliknya, fokus kini diberikan kepada perjalanan yang sudah dirancang bagi bulan Januari dan Februari.
Selain itu, Kim Seri memaklumkan bahawa nombor WhatsApp yang digunakan sebelum ini tidak lagi berfungsi kerana menerima jumlah mesej yang terlalu banyak, memaksa pihaknya menyahaktifkan peranti tersebut.
Permohonan Maaf dan Janji Menyelesaikan Tunggakan
Menerusi IG Story pada Selasa lalu, Kim Seri memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa dia akan menyelesaikan tunggakan bayaran secepat mungkin.
Laporan Polis dan Dakwaan Penipuan
Sebelum ini, dilaporkan seramai 10 individu telah membuat laporan polis, mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang ditawarkan oleh Kim Seri. Pakej lima hari itu dikatakan berharga sekitar RM4,000.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat ini sebanyak 24 laporan telah diterima melibatkan kerugian hampir RM500,000 daripada pelanggan yang menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan tersebut.