Kieda Crepe pelik tiba-tiba kedai kurang sambutan undang reaksi netizen

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Usahawan yang terkenal dengan menu crepe, Kieda baru-baru ini memuat naik satu hantaran video memaparkan keadaan terkini kedai pencuci mulutnya yang terletak di Penang.

Dalam video itu, Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra mendedahkan kedainya yang tular dengan menggunakan sistem support vendor itu berdepan penurunan dalam jumlah kehadiran pelanggan.

Dapat dilihat, suasana lengang di hadapan kedai yang mana situasi tersebut cukup berbeza dengan sambutan luar biasa yang diterimanya sebelum ini.

Kieda Crepe pelik tiba-tiba kedai kurang sambutan undang reaksi netizen

Artikel berkaitan: “Saya tak paksa orang beli” – Kieda Crepe Respon Isu Berniaga Letak Syarat Perlu Beli Barang Vendor

“Mana pergi semua orang ni? Bezanya orang membeli dulu dan sekarang.

@kiedacrepe Replying to @Luei Ahmad happy hours😍 #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

“Semua duduk rumah ke? Buat cekodok ke? Kedai Kieda sistem dia support vendor baru support Kieda tau,” tulisnya di ruangan kapsyen video itu yang dirakam pada waktu malam.

Video terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meninggalkan komen mengenai sistem support vendor yang diamalkan dalam kedainya.

Malah, netizen turut memberi alasan kenaikan harga barang ketika ini membuatkan mereka lebih berhemah apabila berbelanja.

BACa: Afghanistan negara yang paling kuat pegangan agama, tapi ramai suka langgan ‘bacha bazi’, bacha bazi tu apa?