Khatijah Tan cerita pengalaman seram kena tempias ilmu hitam

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Khatijah Tan, 63, berkongsi pengalaman berdepan beberapa kejadian pelik yang dipercayai berpunca daripada perbuatan syirik oleh orang sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, Khatijah menegaskan bahawa dia tidak pernah merasa takut atau tertekan dengan perkara tersebut, sebaliknya hanya berserah kepada kekuasaan Allah.

“Saya pernah alami perkara itu (gangguan mistik). Selalu juga bermimpi tentangnya.

Ada satu kejadian, selepas saya minum air, gelas itu tiba-tiba pecah.

Sebenarnya, di kampung saya, mereka bukan sengaja mahu menghantar benda itu, tetapi sekadar melepaskannya.

Khatijah Tan cerita pengalaman seram kena tempias ilmu hitam

“Saya memang sering dikelilingi perkara-perkara sebegitu. Untuk menghindarinya, iman kita perlu sentiasa kuat.

Jangan terlalu terpengaruh atau berfikir yang kita telah menjadi mangsa perbuatan orang lain,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Khatijah turut membintangi filem seram Jangan Pandang Belakang 2…

Aku Tahu Asal Usulmu yang akan ditayangkan mulai Khamis ini.

Selain Khatijah, filem arahan Pierre Andre itu turut menampilkan Emma Maembong, Mawar Rashid, Alif Hadi, Iedil Dzuhrie Alaudin, dan ramai lagi.

BACA: “Orang luar tak perlu sibuk”… Awie ulas kenyataan mahu Wings kembali bersatu

3 thoughts on “Khatijah Tan cerita pengalaman seram kena tempias ilmu hitam”

Leave a Comment