Lelaki tersebut ditangkap berdua-duaan di dalam bilik sebuah rumah miliknya.
Seorang ketua unit polis di Bali telah ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di pulau peranginan itu,
Menurut laporan laman berita Radar Buleleng kelmarin.
Maklumat daripadPolis a polis Denpasar menyatakan bahawa serbuan dilakukan pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 11.50 malam waktu tempatan.
“Kami menerima maklumat bahawa pegawai itu ditangkap basah bersama isteri orang di dalam bilik.
“Hubungan terlarang ini sudah berlanjutan selama setahun sejak dia bertugas di balai polis kawasan Laut Gilimanuk,” kata satu sumber.
Tambah sumber tersebut, pegawai berkenaan kini berdepan ancaman diberhentikan daripada tugasnya akibat tindakan tersebut.
BACA: Ramai tak tahu Malaysia sepatutnya capai kemerdekaan 12 tahun lebih awal