Ketua Armada Bersatu Gerik keluar parti

Ketua Armada Bersatu Gerik keluar parti

Ketua Armada Bersatu Gerik, Dr Ahmad Safwan Mohamad mengisyhtiharkan keluar daripada parti itu semalam.

Bekas calon dan Penyelaras DUN Pengkalan Hulu itu mengambil tindakan tersebut selepas melihat idealisme perjuangan Bersatu tidak lagi sesuai dengan matlamat asal keterlibatan beliau pada awal penubuhan parti tersebut.

“Setelah lama saya memikirkan tentang kedudukan saya di dalam BERSATU, saya akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan saya di dalam parti dan semua jawatan lantikan politik.

Saya juga telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi ahli Bersatu atas alasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keterlibatannya di dalam politik adalah untuk membawa idealisme politik perubahan, daripada budaya ketaksuban kepada budaya kematangan, daripada budaya politik yang bobrok kepada politik yang lebih baik.

Safwan yakin, ini adalah tindakan terbaik untuk mempertahankan pendirian dan idealisme yang beliau dokong.

“Saya mendambakan satu budaya politik yang baik untuk generasi akan datang. Masa depan Malaysia terletak di tangan kita semua.

“Rakyat Malaysia perlu diajar tentang politik yang telus dan tulus. Telus, dengan erti kata tidak ada sandiwara, manakala tulus, dengan erti kata jujur dan baik dalam tindakannya,” katanya.

Berita penuh : https://perakinsights.com/2020/08/07/ketua-armada-bersatu-gerik-isytihar-keluar-parti/#more

COMMENTS