Siapa yang tidak mengenali pemengaruh terkenal Khaby Lame?
Personaliti asal Senegal yang dibesarkan di Itali ini dikenali dengan video-video mimik muka dan reaksi lucunya.
Kini, Khaby berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi hantaran terbaru di media sosial, Khaby Lame atau nama penuhnya Khabane Lame, yang lengkap berpakaian ihram, berkongsi foto dirinya di hadapan Kaabah di Makkah.
Khaby meluahkan rasa syukurnya kepada Allah SWT atas kekuatan yang diberikan untuk terus berusaha dan mengejar impian hidupnya.
“Saya telah melalui banyak dugaan dalam hidup. Ketika segalanya kelihatan mustahil, iman menjadi sumber kekuatan. Terima kasih, Allah, kerana menjadi satu-satunya harapan saya,” tulisnya di Instagram.
Tidak ramai yang tahu bahawa individu yang sering menghiburkan orang ramai ini sebenarnya seorang Muslim dan hafiz al-Quran.
Menurut laporan The Islamic Information, Khaby, yang telah menetap di Itali sejak berumur setahun, dihantar oleh keluarganya ke Dakar, Senegal pada usia 14 tahun untuk mendalami ilmu agama. Di sana, beliau berjaya menghafal al-Quran.
@khaby.lame TIKTOK CAPTION: Enjoy unlimited data no matter where you roam with Holafly! 🌍🛜 Stay connected across the globe #Holaflypartner #HolaflyeSIM #UnlimitedData #ThisIsHowIAirport #HowDoYouAirport @Holafly | eSIM @Reach TV ♬ original sound – Khabane lame
Personaliti berusia 24 tahun ini juga aktif menyuarakan penderitaan rakyat Palestin menerusi platform media sosialnya.
Untuk mengimbau kembali, Khaby mula menjadi tular ketika pandemik Covid-19 melanda dunia. Idea menghasilkan video-video berasaskan mimik muka dan pergerakan badan tercetus selepas beliau kehilangan pekerjaan akibat pandemik tersebut.
BACA: Teruk dikecam netizen, akhirnya exco Kelantan bersuara kes tarian jolok mata
2 thoughts on “‘Ketika segalanya kelihatan mustahil, iman menjadi sumber kekuatan, Terima kasih Allah’ -Khaby”