Ketika alihkan longgokan batang sawit, pemandu jengkaut diserang ular sawa, kongsi kisah detik bergelut 15 minit.
Seorang pemandu jengkaut ‘berlawan’ 15 minit dengan seekor ular sawa bersaiz gergasi kira-kira 7.5 mete
Dan seberat 150 kilogram (kg) sebelum reptilia itu tewas dalam kejadian di ladang sawit di Air Tenang Tukang Sidin dekat sini kelmarin.
Menceritakan kepada Utusan Malaysia, Mohd. Zul Zaidi Abd. Rafor, 34, dari Kampung Sungai Manik dekat sini berkata, kejadian berlaku pukul 3.45 petang ketika hujan semasa dia menggunakan jengkaut terus leka membersihkan semak dan parit di ladang kelapa sawit.
“Ketika cuba mengalihkan satu longgokan batang sawit, ia sukar menyebabkan saya turun turun dari jengkaut untuk membuat pemeriksaan.
“Semasa memeriksa saya dikejutkan dengan seekor ular sawa yang besar dalam longgokan batang sawit. Reptilia itu menaikkan kepalanya dan menghampiri saya, saya berundur menuju ke jengkaut namun haiwan itu cuba mengejar saya.
“Untuk menyelamatkan diri, saya masuk ke bahagian pemandu jengkaut bercermin tetapi ular berkenaan turut memanjat jengkaut,” katanya..
Mohd. Zul Zaidi memberitahu, melihat ular itu yang agresif dia berusaha ‘melawan’ dengan memandu jengkaut sehingga reptilia itu jatuh ke tanah,
Katanya, dia kemudian menggunakan jengkaut itu menekan bahagian ekor ular itu sebelum menghubungi rakan-rakan meminta bantuan.
“Saya berada dalam bahagian tempat pemandu jengkaut selama 15 minit sebelum rakan-rakan yang sedang mengait buah sawit di kawasan berhampiran,” katanya.
Menurutnya, berdepan ular sawa sepanjang 7.5 meter dan beratnya mungkin hampir 150 kg adalah pengalaman yang amat mencemaskan.
BACA:
Tak masuk akal! Guru kaunseling dedah murid darjah 4 dah berani buat projek ‘threesome’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio