Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim,
Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor, memberikan pandangan beliau mengenai keputusan seri JDT
ketika bertemu Buriram United dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite baru-baru ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu berakhir dengan keputusan 0-0,
Namun insiden sepanjang perlawanan menjadi bualan ramai, termasuk layangan tiga kad merah yang mencuri perhatian
.
JDT Kenal Pasti Kelemahan
Menurut Tunku Mahkota Ismail, walaupun JDT bernasib baik kerana tidak tewas, pasukan telah mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.
“Nasib tak baik. Pemain ball watching, kesilapan bodoh. Kita dapat satu mata, nasib baik tak kalah. Apa-apa pun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya sudah kenal pasti apa yang perlu saya, jurulatih dan kelab lakukan untuk memperbaiki pasukan.
“Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua. Saya amat menghargainya. Selamanya JDT,” katanya.
Insiden Kad Merah Jadi Tumpuan
Salah satu insiden yang mencetuskan kontroversi adalah kad merah yang dilayangkan kepada kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan. Beliau bertindak memicit alat sulit Arif Aiman, pemain JDT, ketika perlawanan berlangsung.
Setelah semakan dibuat melalui Video Assistance Referee (VAR), pengadil mengarahkan Theerathon keluar padang. Aksi tersebut turut menarik perhatian media antarabangsa, dengan Troll Football memuat naik klip insiden itu di laman X.
Situasi Terkini JDT dalam Kumpulan A
Keputusan seri ini meletakkan JDT di tangga keenam carta Kumpulan A, manakala Buriram United menduduki tempat kelapan. Kedua-dua pasukan masih berpeluang mara ke pusingan 16 terakhir, namun kemenangan dalam perlawanan seterusnya amat diperlukan.
Jadual Perlawanan Seterusnya:
– JDT akan bertandang ke Australia untuk bertemu Central Coast Mariners (Perlawanan 7) dan Pohang Steelers (Perlawanan 8).
– Buriram United pula bakal berdepan Ulsan Hyundai sebelum menentang Gwangju FC dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Perlawanan mendatang bakal menjadi penentu sama ada kedua-dua pasukan mampu meneruskan kemaraan dalam saingan ACL.