Kesian budak ni kena tengking dengan Mas Idayu – “juri je pun..tak yah la nak jerit”Kredibiliti Mas Idayu sebagai penyanyi berpengalaman telah membuatkan namanya sering kali dijemput menjadi juri untuk pelbagai program realiti nyanyian.
Terbaharu, Mas Idayu diberi peranan menduduki kerusi juri untuk program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar Xtra yang bersiaran pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ceria.
Dikenali seorang yang cukup lantang dan tegas dalam memberikan komen, kali ini ramai netizen memberi reaksi pelbagai susulan ‘tegurannya’ terhadap seorang peserta kanak-kanak perempuan.
“Peliklah, Kenapa Perlu Menengking?,” – Ramai Tak Puas Hati Cara Mas Idayu Komen Peserta Kanak-Kanak Sampai Menangis? Hujung-Hujung… “Peliklah, Kenapa Perlu Menengking?,” – Ramai Tak Puas Hati Cara Mas Idayu Komen Peserta Kanak-Kanak Sampai Menangis? Hujung-Hujung…
Teguran ‘kasar’ yang tular di media sosial itu pantas mendapat kritikan yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan kanak-kanak tersebut yang dilihat mengalirkan air mata.
“Awak tadi menari ke apa awak buat okay, tapi ini pentas nyanyian! Awak kena menyanyi!
“Jangan suka-suka awak nak buat benda yang macam tadi itu tapi nyanyian awak semua rosak!” kata Mas Idayu dalam nada suara yang agak tinggi. .
Menjengah ruangan komen, ramai juga warganet seakan kurang berkenan dengan tindakan Mas Idayu dalam potongan video tersebut.
“Tak jadi Ceria Popstar, jadi derita Popstar.
“Apalah perasaan mak dia tengok anak kena marah macam ini.
“Peliklah, kenapa perlu menengking?”
“Ini dera emosi ke,” komen sebahagian netizen.
Bagaimanapun, jangan cepat salah sangka tanpa mengetahui cerita yang sebenar dengan hanya berdasarkan sedutan video yang telah dipotong keseluruhan babaknya.
Jika sesiapa yang menonton rancangan tersebut pada Rabu lalu, ternyata herdikan Mas Idayu itu cuma adalah lakonan semata-mata.
Ini kerana, peserta yang dikenali sebagai Dhiyaa itu merupakan pelakon cilik yang sudah banyak membintangi drama tempatan.
Selepas membuat persembahan, Dhiyaa telah dicabar untuk melakonkan watak air mata dan dia memerlukan seseorang untuk ‘memarahinya’ bagi mendapatkan mood sedih tersebut.
Sebaik Mas Idayu mula ‘mengherdiknya’, dapat dilihat Dhiyaa mula menitiskan air mata sekali gus membuktikan dirinya bukan calang-calang pelakon cilik.
Ceria Popstar Xtra merupakan program mencari pelapis penyanyi generasi baharu dan antara peserta yang turut mengambil bahagian pada musim ini ialah anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani.
Program itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Selain Mas Idayu, peranan juri tetap turut digalas pelawak dan penyampai radio, Johan.
BACA:
Selfie dengan MK, Puteri Sarah bagi jawapan padu selepas digelar penyondol
Berdekah bila Maryam salah sebut minum air suami, “air suam la!”