Kes peras ugut nelayan : Lima pegawai Kastam ditahan

Oleh MHDAILY

Polis menahan lima pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk membantu siasatan kes peras ugut nelayan di perairan Tanjung Sepat pada 28 Nov lalu.

Lima pegawai berkenaan yang berusia 33 hingga 53 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, sekitar 9 malam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata mangsa bersama abang saudaranya menaiki bot dari sebuah Jeti Sungai Titip, Kuala Langat untuk menjual durian di perairan Tanjung Sepat (sempadan Malaysia -Indonesia).

Baca Artikel Penuh