Kes pecah amanah RM6.6 bilion, Najib Razak dan Irwan Serigar dilepas tanpa dibebaskan

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah,

Mereka telah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada enam pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan jumlah RM6.6 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan DNAA yang dikemukakan oleh pihak pembelaan,

selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan beberapa dokumen sulit yang penting untuk persediaan pembelaan kedua-dua tertuduh.

Kes ini bermula sejak Najib dan Irwan pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018. Kes ini kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes pecah amanah RM6.6 bilion, Najib Razak dan Irwan Serigar dilepas tanpa dibebaskan

Pada prosiding pagi tadi, Hakim Muhammad Jamil Hussin menegaskan bahawa pihak pendakwaan gagal mematuhi Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, yang menghendaki pihak pendakwaan mendedahkan maklumat serta dokumen yang akan dikemukakan dalam kes sebelum perbicaraan dimulakan.

“Saya menggunakan kuasa mahkamah yang ada untuk memberikan DNAA kepada kedua-dua tertuduh kerana pihak pendakwaan tidak mematuhi Seksyen 51A CPC. DNAA ini tidak akan menjejaskan pendakwaan kerana kedua-dua tertuduh masih boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak pendakwaan mahu meneruskan kes ini,” katanya.

Menurut hakim, walaupun kes ini didaftarkan pada 2018, perbicaraan tidak dapat diteruskan walaupun beberapa kali tarikh perbicaraan telah dijadualkan semula. Hal ini dianggap sebagai kelewatan yang melampau.

“Permohonan tertuduh pertama (Najib) dan tertuduh kedua (Irwan) dalam notis usul telah dibenarkan. Oleh itu, tertuduh pertama dan kedua dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada keenam-enam pertuduhan. Wang jamin dikembalikan kepada penjamin,” jelasnya.

BACA: ‘Patutlah abah ketuk pintu bilik aku jam 2 pagi, rupanya abah baru tahu mak curang belakang abah lepas balik reunion’