Kes mayat reput dalam longkang, rupanya suspek gadai barang kemas mangsa tonton game Harimau Malaya

Oleh SURIANI HAMDAN

Penyokong bola sepak Harimau Malaya telah hilang kewarasan akal apabila bertindak

Membunuh seorang wanita semata-mata untuk menonton perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 di Kemboja.

Suspek, seorang lelaki berusia 23 tahun dari Sarawak, mengaku telah melakukan perbuatan keji itu

Yang mengakibatkan kematian seorang wanita di Tabuan Jaya.

Mayat wanita tersebut ditemui dalam keadaan reput di sebuah longkang di Jalan Setia Raja, yang mengejutkan penduduk setempat.

Kes mayat reput dalam longkang, rupanya suspek gadai barang kemas mangsa tonton game Harimau Malaya

Menurut laporan Harian Metro, suspek turut mengaku telah mencuri gelang tangan dan anting-anting milik mangsa untuk digadai.

Wang hasil gadaian tersebut digunakan oleh suspek untuk perbelanjaannya ke Phnom Penh, Kemboja, bagi menonton perlawanan pertama antara skuad Harimau Malaya dan Kemboja.

Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa suspek lebih mengutamakan minatnya terhadap bola sepak berbanding nilai kemanusiaan dan kehidupan seseorang.

Kes ini menjadi peringatan penting kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menghargai nilai hidup dan tidak membiarkan emosi atau keinginan sementara mengatasi kewarasan fikiran dan rasional.

BACA: “Bila giliran saya, suami mengadu hal madu, dia ingat saya nak dengar, siapa suruh dia cari penyakit”