Kes HFMD makin menggila, kerajaan akan tutup taska, tadika dalam masa terdekat? Satu mesyuarat khas bagi membincangkan penutupan taska, tadika dan pusat jagaan harian di Selangor susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan diadakan dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pertemuan akan membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Beliau belum memperoleh maklumat terperinci dan laporan terbaharu mengenai penyakit terbabit.
“Kita akan bermesyuarat dengan JKNS minggu ini bagi memperincikan statistik kes terkini HFMD.
“Keputusan sama ada sekolah atau tadika ditutup akan diputuskan selepas perbincangan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Semanis Aidilfitri Bersama PKR Hulu Selangor di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash.
Sebanyak 6,748 kes penyakit HFMD dilaporkan di seluruh Selangor dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran setakat 7 Mei lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dilaporkan berkata, daripada bilangan berkenaan, empat peratus daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.
Pada masa sama, 118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95 peratus daripadanya membabitkan kluster di taska atau tadika serta pusat jagaan harian.
Amirudin berkata, pihaknya akan meminta kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) membincangkan isu berkenaan kelak.
“Ia bergantung sepenuhnya kepada tindakan dan saranan lanjut JKNS kelak.
“Kita mengetahui kes penyakit berjangkit amat membimbangkan dan berharap ia terkawal,” katanya.
BACA:
Gambar MK K-Clique pegang tangan teman wanita tular, rupanya kekasih anak kenamaan
Orang ramai persoal mana kutipan tol berjuta-juta, lampu lebuhraya pun tak boleh buat