Kes covid-19 meningkat, KKM cadang wajibkan pemakaian facemask

Oleh MHDAILY

Kes covid-19 meningkat, KKM cadang wajibkan pemakaian facemask.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes COVID-19 susulan penularan varian XBB.1.16, atau dikenali sebagai Arcturus.

Memetik laporan menyatakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa akan mengadakan pertemuan segera bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, sebelum sekolah dibuka semula minggu hadapan pada 2 Mei.

Kes covid-19 meningkat, KKM cadang wajibkan pemakaian facemask

Beliau menyatakan sebarang garis panduan dan SOP baharu untuk pelajar akan dikeluarkan sebelum persekolahan dibuka semula sebagai langkah berjaga-jaga.

‘Raya Ada Baek Dengan GoPayz’ – Nikmati Tawaran e-Duit Raya Ini Sehingga RM250,000

“Ini penting. Jika mana-mana pelajar dijangkiti selepas sambutan Aidilfitri dan melakukan perjalanan, ia boleh membawa kepada penularan di sekolah,” katanya sambil menambah, Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan berhubung cadangan itu.

“Ibu bapa tidak perlu panik apabila melibatkan penyebaran varian baharu ini. Bagaimanapun, kami amat menggalakkan semua pihak termasuk pelajar untuk terus memakai pelitup muka bagi mengekang sebarang jangkitan.

“Sekiranya mereka mengalami simptom (COVID-19), mereka harus memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial seperti yang diamalkan sebelum ini dan mendapatkan bantuan perubatan,” katanya.

Menteri Kesihatan menyatakan mereka yang dijangkiti subvarian Omicron biasanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Setakat 24 April lalu, Malaysia mempunyai 12 pecahan kes COVID-19 Arcturus di Sarawak (6 orang), Selangor (4 orang) dan dua orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BACA:

Suami aku kantoi berskandal dengan budak intern, aku jumpa bos mereka, sekali ini keputusan boss syarikat”

“Dah 6 tahun abang meninggal accident, punca kemalangan aku simpan sorang, aku takut nak dedah kat ayah”