Kerjasama Umno dengan Pas dan Bersatu perlu dikaji semula, agenda tidak sama

Oleh MHDAILY

UMNO perlu mengkaji semula hubungan dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ketiga-tiga parti itu dilihat tidak mempunyai persamaan dari segi agenda.

Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, walaupun ketiga-tiga parti itu berjuang atas nama Melayu dan agama, namun mereka mempunyai matlamat yang berbeza.

Berikutan itu, katanya, sudah pasti masing-masing akan menuntut kerusi jika pilihan raya diadakan sepertimana disebut Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Contohnya, UMNO akan menuntut kembali kerusi ahli Parlimen mereka yang telah melompat atau keluar ke parti lain.

“Dalam kes ini, UMNO pasti mahukan kerusi asal yang merupakan kerusi tradisi UMNO.

“Keduanya, sepatutnya sesebuah parti menjadi kerajaan apabila mempunyai ahli Parlimen terbanyak dalam Parlimen tetapi hakikatnya walaupun UMNO mempunyai ahli teramai tetapi ketika ini UMNO tidak mampu membentuk kerajaan secara solo dan memerlukan bantuan parti lain seperti Pas dan Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata, sebenarnya tidak ada mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan secara solo sebaliknya mereka memerlukan pakatan dan kerjasama.

“Saya bersetuju bahawa UMNO perlu kaji semula kerjasama mereka dengan Pas dan Bersatu. Kita perlu melihat bahawa pejuangan parti politik untuk membentuk kerajaan dan bagaimana untuk membentuk kerajaan ialah melalui pilihan raya.

“Sesiapa sahaja yang menang besar, sudah tentu akan menjadi kerajaan.

“Dari segi bilangan, parti yang menang banyak akan menjadi menteri. Tetapi keadaan itu tidak berlaku sekarang di mana Bersatu lebih mendominasi kerajaan Perikatan Nasional (BN) berbanding UMNO dan Pas,” katanya.

Menurutnya, hakikatnya, prinsip asas demokrasi itu tidak dapat dilakukan dan sudah tidak terjadi dalam keadaan sekarang.

“Inilah sebenarnya yang mungkin menyebabkan Ku Li sebagai Penasihat kepada UMNO menasihatkan Presiden UMNO agar melihat kembali kerjasama yang ingin dilakukan, adakah ia relevan atau menguntungkan UMNO,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110691/BERITA/Politik/Tidak-sama-agenda